Google

Wednesday 21 May 2008

Bangunan Tertinggi di Riyadh

Sebelum berhijrah ke Riyadh, saya membayangkan yang bandar Riyadh ini penuh dengan bangunan pencakar langit seperti kebiasaannya di lihat di negara-negara kaya. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati hanya 2 buah sahaja bangunan yang boleh dikira pencakar langit. Satu bangunan Kingdom Tower yang dimiliki oleh Kingdom Holding dan satu lagi Faisaliyah Tower, tidak dapat dipastikan la pulak kepunyaan siapa.


Disini saya sertakan gambarnya untuk dikongsi bersama.
Kingdom Tower & Faisaliyah Tower









Di tingkat bawak kedua-dua bangunan terdapat shopping mall, berbeza dengan Faisaliyah Tower yang hanya ada pejabat ditingkat selebihnya, di Kingdom Tower ada juga Hotel Four Season, dan diikuti dengan office Kingdom Holding. Terdapat ruang yang membloehkan pengunjung melihat bandar Riyadh dari tingkat atas sekali.

Jika berkunjung ke Riyadh, kedua-duanya is a must...

Friday 1 February 2008

Harga Petrol di Arab Saudi

Di dalam keadaan dunia risau dengan harga minyak yg makin meningkat, rakyat arab saudi tak de risau sikit pun.. manakan tidak, harga minyak dalam 40 sen je seliter (45 halalah lepas convert to rm) bagi yg octane 92, yang higher octane dalam 55 sen (60 halalah).

Beli mineral water kat kedai runcit dah 1 riyal, petrol boleh dapat 2 liter.. so tak heran lah kalau aku isi penuh Jeep Cherokee aku yg 4.0 liter engine tu dalam 30 riyal je.

So sesapa nak merasa pakai kereta cc besar tanpa risau nak isi minyak mahal sangat, mari la datang keja di Arab saudi... hehehe..

Thursday 11 October 2007

Public Transport - Bas Mini Riyadh

Public transport di Riyadh yg boleh diharapkan hanyalah teksi je. Rata-rata pemandunya adalah bangladeshi atau pakistani. Orang arab yang bawak teksi memang boleh dikira dgn jari je jumlahnya, so far dah dekat 4 tahun baru sekali je terserempak dgn pemandu teksi orang arab.
Ada satu pengangkutan awam tetapi ianya khusus untuk golongan expat, bas mini Riyadh ni akan melalui jalan2 utama di Riyadh ni. Berpengkalan di Batha, asal naik je tambangnya 2 riyal je (rm 1.80). Ni kira pengangkutan yg paling murah, tetapi biasala bila murah tu keadaannya memang la daif.
Semalam berkesempatan mencuba naik, cuba ambil gambar tapi dalam keadaan sorok2 sebab kat Riyadh ni tak boleh ambik gambar sebarangan, terutamanya orang2 Arab, buat di report ke polis mau tido lokap semalam dua, so ini lah gambarannya dgn gamba yg diambik curi2...



Bas mini ni takde konduktor, bila nak berhenti cuma perlu sebutkan je kat driver, jalan ke depan dan pas 2 riyal duit tambang kat driver.

Sunday 16 September 2007

Pokok Penghias Jalan


Kalau kat Malaysia kalau kat KL tu jarang sekali jumpa pokok kelapa sawit untuk penghias jalan tetapi kalau kat Riyadh or even kat most of the city kat Saudi ni guna pokok kurma, bila summer je antara bulan 7-9 mulala berbuah, buah bertandan2 sampai masak ranum atas pokok pun ada, heran gak aku pasal apa pak2 arab ni tak ambik buahnya, aku pun try la ambik 2-3 bijik yg dah masak, gigit sikit... aduh.. kelat rupanya.. patut la tak laku... tu yg sudahnya kering atas pokok je... pengalaman...

Thursday 26 July 2007

Kabsa Seekor Unta


Kabsa adalah makanan kegemaran semua orang di saudi ni, dari orang saudi sendiri termasuklah sehingga semua expat2 dari serata dunia yang bekerja di saudi ni termasukla anak2 malaysia sendiri.


Yang paling famous adalah kabsa ayam, nasinya samada yang bewarna putih atau kuning tetapi dimasak ala-ala nasi minyak kalau dimalaysia tetapi dgn rempah2 yg berbeza, rasanya pun berbeza dgn nasik minyak dimalaysia.


Saya dapat gambar ni dari rakan, ni kabsa baru ni, kabsa unta seekor, tak tau la macamana diaorg masak tetapi yang nyatanya memang la seekor unta.


Bukan nak mengata la tapi sebenarnya ini membawa kepada pembaziran, sapa la nak makan semua ni, normally untuk show-off je...


Monday 2 July 2007

Ayam Panggang Atas Batu

Korang pernah makan ayam barbeque panggang atas batu tak? Kalau tak pernah ni leh beli kat kedai ni.



Lokasi kat Dhabab Street, dlm 100 meter dr McDonald depan Tamimi Olaya, just lepas petrol pump pertama arah ke King Fahd Medical City.


Nama arab ayam macam ni aku tak tau tp bila nak order just cakap ayam barbeque je, nasik lak leh mintak nasik putih atau nasi kuning, nasi putih bukannya mcm nasi putih kita org melayu makan, ni nasi putih mcm nasik minyak.. gerenti tambah ukur lilit perut nya..
Ni la hasilnya.. aku order nasi madhrub, tapau bawak balik, kebetulan ni diaorg nak hidang untuk customer dine in so aku just snap la..

Saturday 16 June 2007

Skating in Saudi Arabia

Korang pernah tengok orang ice-skating kan, of course atas ice la tapi kalau nak tau betapa creativenya budak-budak kat saudi ni korang leh tengok kat video bawah ni. Creative atau gila korang boleh pilihla yang mana satu.