Google

Wednesday 21 May 2008

Bangunan Tertinggi di Riyadh

Sebelum berhijrah ke Riyadh, saya membayangkan yang bandar Riyadh ini penuh dengan bangunan pencakar langit seperti kebiasaannya di lihat di negara-negara kaya. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati hanya 2 buah sahaja bangunan yang boleh dikira pencakar langit. Satu bangunan Kingdom Tower yang dimiliki oleh Kingdom Holding dan satu lagi Faisaliyah Tower, tidak dapat dipastikan la pulak kepunyaan siapa.


Disini saya sertakan gambarnya untuk dikongsi bersama.
Kingdom Tower & Faisaliyah Tower









Di tingkat bawak kedua-dua bangunan terdapat shopping mall, berbeza dengan Faisaliyah Tower yang hanya ada pejabat ditingkat selebihnya, di Kingdom Tower ada juga Hotel Four Season, dan diikuti dengan office Kingdom Holding. Terdapat ruang yang membloehkan pengunjung melihat bandar Riyadh dari tingkat atas sekali.

Jika berkunjung ke Riyadh, kedua-duanya is a must...

0 comments: