Google

Wednesday 21 May 2008

Bangunan Tertinggi di Riyadh

Sebelum berhijrah ke Riyadh, saya membayangkan yang bandar Riyadh ini penuh dengan bangunan pencakar langit seperti kebiasaannya di lihat di negara-negara kaya. Alangkah terkejutnya saya bila mendapati hanya 2 buah sahaja bangunan yang boleh dikira pencakar langit. Satu bangunan Kingdom Tower yang dimiliki oleh Kingdom Holding dan satu lagi Faisaliyah Tower, tidak dapat dipastikan la pulak kepunyaan siapa.


Disini saya sertakan gambarnya untuk dikongsi bersama.
Kingdom Tower & Faisaliyah Tower









Di tingkat bawak kedua-dua bangunan terdapat shopping mall, berbeza dengan Faisaliyah Tower yang hanya ada pejabat ditingkat selebihnya, di Kingdom Tower ada juga Hotel Four Season, dan diikuti dengan office Kingdom Holding. Terdapat ruang yang membloehkan pengunjung melihat bandar Riyadh dari tingkat atas sekali.

Jika berkunjung ke Riyadh, kedua-duanya is a must...

Friday 1 February 2008

Harga Petrol di Arab Saudi

Di dalam keadaan dunia risau dengan harga minyak yg makin meningkat, rakyat arab saudi tak de risau sikit pun.. manakan tidak, harga minyak dalam 40 sen je seliter (45 halalah lepas convert to rm) bagi yg octane 92, yang higher octane dalam 55 sen (60 halalah).

Beli mineral water kat kedai runcit dah 1 riyal, petrol boleh dapat 2 liter.. so tak heran lah kalau aku isi penuh Jeep Cherokee aku yg 4.0 liter engine tu dalam 30 riyal je.

So sesapa nak merasa pakai kereta cc besar tanpa risau nak isi minyak mahal sangat, mari la datang keja di Arab saudi... hehehe..